Maklumat Tender

Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (Bahagian Bangunan Am 2), Ibu Pejabat JKR Malaysia

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktor/ Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:



SAHARUDDIN BIN ABD HAMID


...


...

No. Tender

JKR/CKUB/23193/2024


Tajuk Projek

Pembinaan Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian (Further Investigation Centre (FIC) MAQIS Di Pulau Pinang

Maklumat Am


Pejabat Yang Memanggil Tawaran
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (Bahagian Bangunan Am 2), Ibu Pejabat JKR Malaysia


Lokasi Projek
Bayan Lepas, Pulau Pinang


Jenis Kerja
Penyelenggaraan


Kategori Tender
Bangunan, Awam & Stuktur, Mekanikal & Elektrikal dan Lain-Lain


Tarikh Terbitan
29 May 2024


Tarikh dan Waktu Tutup Tender
9 Jul 2024 12:00 AM


Lokasi Peti Tender (Tempat Tutup Tender)
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my


Maklumat Ringkas Tender
Tidak dibenarkan memohon kebenaran khas CIDB untuk gred dan Pengkhususan dalam bidang yang telah ditetapkan

JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem Jet.

Maklumat Dokumen


Tarikh Dokumen Dijual
11/06/2024 - 11/06/2024


Harga Dokumen
RM 300


Cara Pembayaran
Atas Talian


Bayaran Atas Nama
Kaedah Bayaran : Menerusi JomPAY Sahaja

Biller Code: 177501
Ref-1 : Nombor Tender JKR/CKUB/23193/2024
Ref-2 : Nama Syarikat

Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan


Dokumen Meja Tender
Tempat : Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA dan Sijil Taraf Bumiputera (STB); dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

c) Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET.

PERINGATAN :
Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.


Tempat Jualan
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my

Maklumat Kelayakan


Taraf dan Jenis Syarikat
Bumiputra T1


CIDB
Gred G6

Kategori
PEMBINAAN BANGUNAN (B)

Sub Kategori
  1. Kerja-kerja Am bangunan, bangunan Rangka Konkrit bertulang, kerja-kerja pembinaan tidak termasuk struktur rangka konkrit bertulang. (B04)


Maklumat Tambahan Kelayakan
kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/UPKJ/PUKONSA dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran (Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Gred : G6, Kategori : B Pengkhususan : B04) yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini

Lawatan Tapak


Tarikh dan Waktu Lawatan
05/06/2024 10:00 am


Pegawai Lawatan Tapak
Noor Syahida binti Mohd Fuat


No. Telefon
...


Alamat Emel
...


Nota Tambahan Lawatan Tapak
TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :

a) Taklimat & Lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri lawatan tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET) .Hanya petender yang mendapat pengesahan kehadiran sahaja daripada Pejabat Mengurus Tender (PMT) dibenarkan hadir untuk ke lawatan tapak tersebut.

b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

c) Bagi Taklimat dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ.