Maklumat Tender

Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (Bahagian Bangunan Am 2), Ibu Pejabat JKR Malaysia

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktor/ Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:



DZUL-AZLINA BINTI ZAKARIA


...


...

No. Tender

JKR/CKUB/23026/2024


Tajuk Projek

Menaiktaraf Panggung Persembahan Di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

Maklumat Am


Pejabat Yang Memanggil Tawaran
Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (Bahagian Bangunan Am 2), Ibu Pejabat JKR Malaysia


Lokasi Projek
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA


Jenis Kerja
Naik Taraf


Kategori Tender
Bangunan


Tarikh Terbitan
17 Apr 2024


Tarikh dan Waktu Tutup Tender
21 May 2024 12:00 PM


Lokasi Peti Tender (Tempat Tutup Tender)
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my


Maklumat Ringkas Tender
JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem JET.

Maklumat Dokumen


Tarikh Dokumen Dijual
25/04/2024 - 30/04/2024


Harga Dokumen
RM 100.00


Cara Pembayaran
Atas Talian


Bayaran Atas Nama
Menerusi JomPAY Sahaja
Biller Code:177501, Ref-1 : Nombor Tender JKR/CKUB/23026/2024,
Ref-2 : Nama Syarikat,
Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan


Dokumen Meja Tender
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my


Tempat Jualan
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my

Maklumat Kelayakan


Taraf dan Jenis Syarikat
Bumiputra T1


CIDB
Gred G5

Kategori
PEMBINAAN BANGUNAN (B)

Sub Kategori
  1. Kerja-kerja Am bangunan, bangunan Rangka Konkrit bertulang, kerja-kerja pembinaan tidak termasuk struktur rangka konkrit bertulang. (B04)
  2. Kerja –kerja tambahan, perubahan atau pindaan kepada elemen-elemen struktur atau arkitek/hiasan atau mekanikal/elektrikal atau gabungan atau kepada bangunan sediada. (B28)
--- Dan ---



Maklumat Tambahan Kelayakan
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred : G5, Kategori : B atau Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Gred : G5, Kategori : B
Pengkhususan : B04 & B28 Dan Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding Sarawak (UPKJ) Atau Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Gred : G5, Kategori : B Pengkhususan : B04 & B28 Dan Sijil Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) serta Tidak dibenarkan memohon kebenaran khas CIDB untuk gred dan Pengkhususan dalam bidang yang telah ditetapkan.

Lawatan Tapak


Tarikh dan Waktu Lawatan
24/04/2024 10:00 am


Pegawai Lawatan Tapak
Norazizi bin Hashim, Nur Shahirah binti Mohd Sabri


No. Telefon
...


Alamat Emel
...


Nota Tambahan Lawatan Tapak
TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :

a) Lawatan tapak adalah selepas taklimat tender di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Masa taklimat tender bermula jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aula Perdana Tingkat 3, Blok Pentadbiran ASWARA.

b) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki memohon untuk hadir taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET sebelum tarikh taklimat tender yang ditetapkan.

c) Permohonan kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

d) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Sila hadir 30 Minit sebelum taklimat tender bermula bagi tujuan pendaftaran. Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak.

e) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

f) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

g) Kehadiran ke taklimat tender dan lawatan tapak dihadkan kepada Dua (2) orang sahaja bagi setiap syarikat.