FAQ

Sebagai permulaan, anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan secara atas talian melalui sistem pendaftaran pembekal eTender. Selepas itu, anda hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu Medium Akses eTender untuk menjalankan urusan perolehan secara atas talian dengan pihak Kerajaan
Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem eTender S/K.KEW/PK/EP/1100/000000/143/23 Jld. 3(7) bertarikh 3hb Disember 2002 kepada semua pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menggesa para pembekal supaya menyediakan infrastruktur bagi menggunakan Sistem eTender. Jika syarikat anda gagal membuat demikian, Kementerian Kewangan telahpun menyatakan bahawa anda mungkin kehilangan peluang untuk berurusniaga dengan pihak Kerajaan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk bersedia secepat yang mungkin.
Proses perolehan secara atas talian akan memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan harian anda dengan pihak Kerajaan.
Anda mesti membuat pendaftaran melalui eTender. Sistem eTender menawarkan permohonan dan pendaftaran untuk kedua-dua jenis permohonan Kontraktor dan Perunding.
Ya, kami menyediakan pelajaran multimedia atau Computer-Based Training (CBT) secara percuma dan Latihan Secara Bersemuka (Instructor-led Training) dengan bayaran dibebankan untuk semua modul eTender.
Ya, Sistem eTender sememangnya dibina khusus untuk pembekal-pembekal yang membekal samada produk, perkhidmatan atau kedua-duanya.
Anda boleh menghubungi bahagian Khidmat Bantuan eTender di talian 03-7985 7777 atau emel di bantuan@eTender.gov.my , untuk mendapatkan panduan selanjutnya.