Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktor/ Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:
No. Tender
JKR/CKUB/22365/2023
Tajuk Projek
Pembinaan Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian (Further Investigation Centre (FIC)) MAQIS Di SKH Pelabuhan Klang, Selangor
Pejabat Yang Memanggil Tawaran
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (Bahagian Bangunan Am 2), Ibu Pejabat JKR Malaysia
Lokasi Projek
Klang, Selangor
Jenis Kerja
Cadangan Projek Baru
Kategori Tender
Bangunan, Awam & Stuktur, Mekanikal & Elektrikal dan Lain-Lain
Tarikh Terbitan
10 Nov 2023
Tarikh dan Waktu Tutup Tender
19 Dec 2023 12:00 AM
Lokasi Peti Tender (Tempat Tutup Tender)
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my
Maklumat Ringkas Tender
JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.
d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem Jet.
Tarikh Dokumen Dijual
21/11/2023 - 27/11/2023
Harga Dokumen
RM 300
Cara Pembayaran
Atas Talian
Bayaran Atas Nama
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my
Dokumen Meja Tender
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my
Tempat Jualan
Secara dalam talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my
Taraf dan Jenis Syarikat
Bumiputra T1
CIDB
Gred G6
Kategori PEMBINAAN BANGUNAN (B)
Sub Kategori- Kerja-kerja Am bangunan, bangunan Rangka Konkrit bertulang, kerja-kerja pembinaan tidak termasuk struktur rangka konkrit bertulang. (B04)
Maklumat Tambahan Kelayakan
Tarikh dan Waktu Lawatan
16/11/2023 10:00 am
Pegawai Lawatan Tapak
Noor Syahida binti Mohd Fuat
No. Telefon
...
Alamat Emel
...
Nota Tambahan Lawatan Tapak
TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :
a) Taklimat & Lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri lawatan tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET) .Hanya petender yang mendapat pengesahan kehadiran sahaja daripada Pejabat Mengurus Tender (PMT) dibenarkan hadir untuk ke lawatan tapak tersebut.
b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.
c) Bagi Taklimat dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ.